Tuesday, 11 March 2008

Sehari Sebuah Buku...

HAKIKAT bahawa agama Islam adalah sebuah agama yang sesuai sepanjang zaman seringkali berdepan dengan cabaran daripada pemikiran-pemikiran moden dan agak konservatif.

Keadaan itu menimbulkan perselisihan dan percanggahan mengenai beberapa perkara dalam Islam terutamanya berkenaan dengan amal ibadah dan hukum sesuatu perkara.

Buku ini membincangkan mengenai amal ibadah yang sering dipersoalkan seperti adakah menyentuh wanita membatalkan wuduk, musafir solat berjemaah dengan mukim kampung, menjamakkan solat Asar dan Jumaat serta banyak lagi.

Penerangan berpandukan hadis dan sunah di dalam buku ini diharapkan membuka minda umat Islam seterusnya menolak pendapat naif yang tidak bersandarkan mazhab imam Syafie r.a.

No comments:


EnGiNe MaKlUmAt