Walaupun aku merupakan bekas pelajar Bac. Sains Pembangunan Sumber Manusia (UPM) 2007-2010, banyak benda yang membuat aku keliru dengan persamaan antara Pengurusan Sumber Manusia dengan Pembangunan Sumber Manusia. Kedua-dua bidang ini sebenarnye mempunyai perkaitan yang sangat penting. Skop yang terdapat dalam kedua-dua bidang ini kebanyakannya digunakan dalam pengurusan sesebuah organisasi untuk memastikan kestabilan perjalanan pengurusan dan pergerakan dalam organisasi. kelancaran perjalanan pengurusan sesebuah organisasi bukan sahaja bergantung kepada sumber yang terdapat dalam organisasi tetapi pada hakikatnya banyak perubahan dan penambahan yang berlaku dari semasa ke semasa. Perbezaan antara dua organisasi kebanyakannya bergantung pada tahap kualiti sumber manusia.Selain itu, efisiensi(penggunaan sumber daya secara efektif untuk mencapai sasaran) proses pengeluaran dan semua aspek pengurusan bergantung pada tahap pembangunan sumber manusia yang lebih luas. PSM mengikut syarat sumber manusia merujuk pada pengetahuan, kemahiran, kebolehan kreatif, bakat, kecenderungan, nilai, sikap dan kepercayaan.
Nanti ada lagi sambungannye...
No comments:
Post a Comment