Tuesday, 1 March 2011
Definisi Pembangunan Sumber Manusia (Part2)
Para pekerja adalah aset yang paling berharga dalam sesuatu
organisasi. Tanpa sumbangan para pekerja adalah mustahil untuk mencapai
matlamat dan tujuan sesuatu organisasi diwujudkan. Manusia dan potensi
mereka adalah aset penting yang akan memacu sesuatu organisasi untuk
mencapai objektif penubuhannya.
Organisasi pada hari ini berkembang pesat dan berubah mengikut
kehendak masa. Perubahan ini juga akan mempengaruhi para pekerjanya.
Untuk mengoptimakan keberkesanan sesuatu organisasi, kemahiran dan
kemampuan potensi manusianya dari segi kemahiran, masa dan bakat perlu
diuruskan dengan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.
Pembangunan Sumber Manusia adalah pendekatan strategik dan
holistik dalam mengurus dan membangunkan aset paling iaitu para pekerja
yang secara individu dan secara kolektif menyumbang ke arah mencapai
matlamat organisasi. Pembangunan Sumber Manusia merangkumi pemilihan
dan perlantikkan pekerja, membangunkan kemampuan dan kemahiran
mereka, menggunakan perkhidmatan mereka dan membayar upah yang
setimpal dengan tugas mereka dan keperluan organisasi.
Pembangunan Sumber Manusia adalah satu cara memperkembangkan
modal insan dalam sesebuah organisasi. Pembangunan Sumber Manusia
adalah kombinasi latihan dan pendidikan dan dalam konteks yang lebih luas,
dasar penjagaan kesihatan dan penggajian yang bersesuaian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment