Friday 7 March 2008

Pesanan Dari Hamba Allah




Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat udah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. tapi, epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak, susah dipetik, payah digapai. terkadang epal itu rungsing " hai... kenapalah aku belum dipetik!!". Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi. Sedangkan, ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada sesiapapun yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkinkah pemuda itu tiada di dunia, tapi di akhirat, dia sedang menanti. Allah pasti menepati janji. Biarlah jodoh bukan di dunia, asalkan cinta ILLAHI mengiringi perjalanan diri

Wallahuallam...

Thursday 6 March 2008

Berhati-hati Memilih Pasangan

Baik lelaki mahupun wanita pasti mencari pasangan yang ideal dan sesuai bagi menjadi teman hidup hingga akhir hayat. Menjadi keutamaan untuk mencari yang terbaik bagi diri kita dan ia memerlukan panduan membuat keputusan. Maka dalam kita berusaha mencari pasangan yang sesuai, kita tidak lari daripada realiti kewujudan individu yang mencari cinta bukan dengan matlamat jelas.
Lelaki Yang Perlu Dijauhi

Tuli-Anda mungkin meminatinya dan cuba memikat hatinya dengan pelbagai cara, namun respon yang diberikan sentiasa dalam keadaan kaku dan berkelakuan seperti biasa.Terimalah hakikat, mungkin dia tidak mempunyai keinginan pada kita.

Penggantung-Lelaki kategori penggantung menjadikan kita sebagai sumber membiayai kehidupannya, dari sebelum berkahwin sehingga sudah berkeluarga.Ada wanita mengadu, acapkali kekasihnya hendak menghubunginya, dia hanya membuat missed call beberapa kali ke nombornya. Maka wanita itu yang menghubungi lelaki itu kembali dan berbual hingga dua ke lima jam.Inilah contoh lelaki penggantung.

Suami-Berkahwin dengan suami orang atau berpoligami kebarangkalian bermula dan berakhir dengan kebahagiaan. Namun berlaku keadaan apabila hubungan dengan lelaki yang menjadi pasangan berakhir dengan kekecewaan.Sesudah beberapa lama menjalin percintaan, lelaki itu kembali semula kepada isterinya. Ataupun merahsiakan statusnya begitu lama.

Wanita Yang Perlu Dijauhi

Gula-gula-Gadis muda umpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menghargai kehadiran kita. Gadis muda ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya. Kita tidak lokek untuk berbelanja besar dan ini sesuatu yang menggembirakannya.

Bintang-Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan bagi mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi dia mempunyai keinginan besar yang jelas untuk bukan diri kita. Apabila kita mempertemukannya dengan individu-individu yang lebih menonjol sama ada artis, usahawan tersohor ataupun ahli politik, kita sebenarnya memberi umpan yang lebih besar kepadanya.

Pendendam-Pengalaman buruk dalam keluarga ataupun kegagalan dalam percintaan menjadikan mereka lebih anti pada lelaki. Bercinta dengan golongan kategori ini meletakkan diri kita seolah-olah penebus kesalahan lelaki lain padanya. Mereka cenderung merendah-rendahkan lelaki tanpa sebab dan mengangkat imej wanita. Kedua, kesalahan kecil kita adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan sama sekali meskipun kita terlupa memesankan makanan kegemarannya semasa makan bersama.

Jangan Mudah Mengalah..

Ada kalanya, serba-serbi tak kena,
Apabila jalan di daki kelihatan curam semuanya,
Apabila dana kosong dan hutang bertimbun,
Ingin mengukir senyuman, tapi keluhanmenerpa,
Rehatlah seketika, tapi jangan mengalah,
Kerana anehnaya hidup ini, dilingkari liku-likunya,
Itulah yang kita pelajari, kadangkala, banyak kegagalan berubah rupa,
Kemenangan pasti dikecapi jika bertahan terus-terusan,
Kerana kejayaan cuma kegagalan yang dibalikkan,
Dari secebis cahaya dalam kelam sangsi,
Tak boleh diduga betapa hampirnya kejayaan,
mungkin kejayaan dekat rapat,
Tapi terasa amat jauh,
Maka, berjuanglah terus-terusan walau perrit menyepit,
Kerana ketika harapan amat tipis,
Mengalah jangan..........

Monday 3 March 2008

Bingkisan dari hamba Allah

"Wahai Tuhanku, kurniakan daku rasa cinta kepada perbuatan yang dapat mendekatkan diriku kepada cintamu."

Apabila bahagia yang didamba. Apabila tenang yang dipinta. Perintah Tuhan dituruti segala. Reda dan cinta Tuhan dipohon sentiasa.

content

EnGiNe MaKlUmAt