Friday 11 February 2011

PaSaNg SuRuT KeHiDuPaN

Dari semalam lagi dah rasa semacam..
tak tau la nak cerita macam mana..
kalau ikutkan hati ni malas je nak pikir semua..
biarlah semua tu berlalu dengan sendiri..
apa orang cakap, biar masa yang menentukan semuanya..
kadang2 bila dengar lagu di radio betul gak apa yang dinyanyikan...
dalam kehidupan ada pasang surutnya..
ada masam manisnye..
semua benda itu kita tak boleh nak aturkan semuanye...
hanye DIA yang maha mengetahui dan maha berkuasa..
kita sebagai insan hanya mampu berserah dan bersabar..

Thursday 10 February 2011

IkAn MaSaK Keng Sum


Bahan-bahan:
-1 kilo ikan merah
-1 ikat kecil daun kesum
-100g cili padi(ikut pedas yang mau)
-3 ulas bawang putih
-6 ulas bawang merah
-1 sudu belacan
-Seinchi lengkuas
-Seinchi kunyit hidup
-Semangkuk besar air asam jawa
-Garam, gula, serbuk perasa dan air secukupnya

Cara memasaknya:
1. Cili padi, bawang putih,bawang merah, belacan, lengkuas, kunyit dan sedikit air, dikisar sehingga hancur. (Tapi lagi best kalau bahan-bahan ni ditumbuk)
2. Kemudian, masukkan bahan kisar ke dalam periuk diikuti air asam jawa dan ikan.
3. Akhir sekali bila dah mendidih mengelegak tu baru la masuk perasa garam dan parasa.
4. Sebelum angkat, masukkan daun kesum dan kacau.
5. Siap untuk dihidang.

* makan ngan nasi panas best gak...

Rindu Di Awan Biru


Kehidupan manusia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Antara kekuatan dan kesabaran dapat membantu menghadapi segala masalah yang melanda. Kisah yang terdapat dalam novel ini boleh dijadikan sebagai satu cerminan hidup. Banyak perkara yang mungkin tidak kita jangka akan berlaku. Suratan tersebut sudah tertulis dan mana mungkin kita dapat mengubahnya. Hanna terperangkap dalam pengalaman pahit yang dialami oleh ibunya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Namun cinta mana pernah kenal pengalaman pahit atau manis. Apa yang berlaku seterusnya.... dapatkan Novel Rindu Di awan Biru..

Tuesday 8 February 2011

Lawa Ikan (KeRaBu IkAn MeNtAh)


Bahan:
5 - 6 ekor ikan tamban
1 bawang merah besar tapi saiz kecil *dicincang halus*
4 - 5 biji cili api *dicincang halus*
kacang panjang *dihiris halus*
bunga kantan *dihiris halus*
daun kesum *dihiris halus*
timun batang *takde stok, tak taruk kali ni*
2 biji limau nipis (ambil jusnya)
sedikit belacan
garam
1 sudu besar budu *jika suka*

Cara:

1. Ikan diambil isi dan potong hipis-nipis
2. Sementara itu gaulkan semua bahan lain diikuti dengan ikan yang di potong
3. Perasakan dengan garam.
4. LAWAR nak kena ada rasa masam, masin dan pedas.
5. Sedia untuk dihidangkan... :)

EnGiNe MaKlUmAt