Friday 19 June 2009

Usah Difikirkan Masa yang Tiada Kesudahan

Tak Tau nak bagitau macam mana...
Mungkin dah nasib badan...
Cinta yang diharapkan bahagia hingga kepenghujung...
Tapi badai menimpa di tengah badai...
Mungkin Tuhan tu masih sayangkan hambanya ini...
Supaya tidak terus hanyut dalam dunia kealpaan cinta hehehehe...
Dia bagi hamba ini sedar...
Ada insan Lain lagi menunggu untuk cinta suci tu...

Thursday 18 June 2009

Kesakitan dan Kesengsaraan Sebuah Percintaan

Dalam kehidupan manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan..
Begitu juga dalam proses percintaan..
Semua orang boleh cakap seronoknya bercinta..
Ya, itu memang diakui ramai..
Seronok bercinta, jika cinta itu berdasarkan atau berlandaskan sesuatu yang betul..
Yang paling menyakitkan apabila bercinta apabila cintta tidak dihargai..
Hanya satu pihak sahaja yang mengharap sebuah sebahagian..
Bagi sesetengah lelaki, mereka lebih suka membiarkan kaum wanita yang mencintai mereka mengharap daripada mereka terus memberi harapan..
Jika ada pengharapan yang diberikan sekalipun itu perlu dilihat dari banyak segi..
Mungkin mereka mempunyai agenda sendiri..

Wednesday 17 June 2009

Keperitan Sebuah Kehidupan

Pengalaman yang dilalui mematangkan pemikiran..
Pengalaman juga menyebabkan seorang itu takut untuk mengharungi kehidupan..
Keperitan yang dirasai membangkitkan lagi rasa sengsara dalam diri insan yang lemah..
Kebanyakan pendapat menyatakan bahawa keperitan dalam menghadapi sesuatu itu akan membangkitkan semangat untuk terus berjuang dan mempertahankan sesuatu yang kita mahukan ataupun kita miliki..
Dalam kehidupan tidak semua benda atau perkara yang kita angankan itu akan menjadi kenyataan dan apa yang kita mahukan tidak kesemuanya akan dapat kita miliki.

EnGiNe MaKlUmAt