Thursday 10 February 2011

IkAn MaSaK Keng Sum


Bahan-bahan:
-1 kilo ikan merah
-1 ikat kecil daun kesum
-100g cili padi(ikut pedas yang mau)
-3 ulas bawang putih
-6 ulas bawang merah
-1 sudu belacan
-Seinchi lengkuas
-Seinchi kunyit hidup
-Semangkuk besar air asam jawa
-Garam, gula, serbuk perasa dan air secukupnya

Cara memasaknya:
1. Cili padi, bawang putih,bawang merah, belacan, lengkuas, kunyit dan sedikit air, dikisar sehingga hancur. (Tapi lagi best kalau bahan-bahan ni ditumbuk)
2. Kemudian, masukkan bahan kisar ke dalam periuk diikuti air asam jawa dan ikan.
3. Akhir sekali bila dah mendidih mengelegak tu baru la masuk perasa garam dan parasa.
4. Sebelum angkat, masukkan daun kesum dan kacau.
5. Siap untuk dihidang.

* makan ngan nasi panas best gak...

No comments:


EnGiNe MaKlUmAt