Monday, 9 June 2014

Pelbagai Resipi Chocolate Ganache


Oleh kerana biler buat kek selalu jer tak jadi topping coklatnya.Maka digodek2 la cik google untuk menambah ilmu pengetahuan.. huhuhu... dan jumpa la ini punya resepi dan cara2nye.. daripada blog air tangan cik siti http://airtanganku.blogspot.com/2013/02/pelbagai-chocolate-ganache.html#.U5Up7nKSzW0 ... ampun yer kak saya copy and paste untuk simpanan hari tua... hehehhe...



RESIPI 1

300g coklat masakan - potong kecil
200g UHT whipping cream (selalu saya guna jenama Anchor)
1 sudu besar mentega

- Panaskan whipping cream di atas api hingga mendidih sedikit dan matikan api.
- Masukkan coklat atau tuang atas coklat dan kacau hingga sebati. Masukkan pula mentega dan sebatikan.


RESIPI 2

100g coklat masakan
125ml susu segar
50g mentega
4 sudu besar madu/gula

- Satukan kesemuanya dan masak dengan kaedah double boil sehingga agak pekat


RESIPI 3

300g coklat masak
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1/4 cawan air panas (untuk step ke2 nak bagi cair dan meleleh)

- Panaskan susu pekat dan susu cair menggunakan double boiler.
- Masukkan coklat, kacau sebati. Sesudah itu masukkan mentega dan curah 1/2 bahagian atas kek. Simpan dalam 15 - 30 minit.
- Panaskan lebihan coklat dan tambah air panas. Kacau dan curahkan ke atas kek tadi


RESIPI 4

300g krim putar (whipping cream)
600g coklat masakan - cincang
1/2 cawan sirap glukos/madu
2 sudu kecil mentega

- Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih. Curahkan ke atas coklat dan kacau sebati.
- Masukkan sirap glukos
- Akhir sekali masukkan mentega


RESIPI 5 

50g serbuk koko
1 sudu besar minyak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (atau ikut manis yg disukai)

- Campurkan kesemuanya dan panaskan atas api perlahan sambil mengacau hingga sebati dan likat

**********************************


Nota:
- Chocolate ganache boleh disimpan di luar dengan suhu bilik atau di dalam peti sejuk untuk tempoh yang lama. Anda boleh variasikan penggunaannya mengikut kreativiti masing-masing.
- Fungsi mentega ialah untuk mengilatkannya

Sunday, 8 June 2014

KEK COKLAT KUKUS SIMPLE...

    Haiya... takde mood la lupak nak update blog ni... tapi gagahkan diri gak sebab boring takde apa nak buat di hari minggu ni.. Ni alkisahnya pasal kek coklat kukus simple punye resepi... sukatan dia semua guna satu cawan jer... oleh kerana en somi ckp dia teringin nak mkn kek coklat.. maka terhasil la kek ni malam jumaat selepas balik dari kerja.. ok lah.. jum layan gambo ngan resepi kat bawah ni...


Kek coklat kukus simple...

Bahan2nye..

1 cawan sebuk koko *
1 cawan gula *
1 cawan minyak masak @ minyak jagung *
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis *
1 cawan air panas *
4 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikabonat

Cara2 menyediakannya...

  • Bahan2 bertanda dicampur kesemuanya dan dimasak menggunakan api yang perlahan sehingga semuanya larut dan sebati.. tak perlu sampai mendidih... sejukkan seketika... masukkan telur yang telah dpukul ringan, dan tepung gandum bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat yang telah diayak terlebih dahulu sedikit demi sedikit... kacau sehingga sebati... kukus selama 1 jam... kukus dengan api yang sederhana...


* panaskan kukusan telebih dahulu supaya selesai adunan boleh terus mengukus kek tadi... dan pastikan tutup loyang dengan aluminium poil supaya air daripada penutup kukusan tidak jatuh ke atas adunan kek tadi..

Saturday, 31 May 2014

ESOK TARIKH KERAMAT MENJELMA..

Sedar tak sedar dah esok merupakan tarikh keramat dalam hidup ni... tarikh perubahan dalam hidup... perubahan status... perubahan tanggungjawab dan tarikh melangkah dalam fasa baru kehidupan ni... tarikh lafaz sakinah seorang suami... Setelah dua hampir dua tahun pelbagai dugaan kami lalui... alhamdulillah akhirnya semua itu berakhir dengan sempurna bagi kami... Tak sabo nak tunggu esok.. huhuhu...


Thursday, 29 May 2014

SAKIT PINGGANG DAN BELAKANG KETIKA MENGANDUNG..

Sejak dua menjak ni badan jadi lemah jer... dan yang paling penting sakit pinggang dan belakang semakin menjadi-jadi.. betul la kata orang.. biler perut dah semakin membesar akan ada kesan dakit pada pinggang dan tulang belakang... sakit tu memang la sakit.. tapi sabo jer la demi baby tocik dalam kandungan.. hehehhe..

sambil2 duk layan sakit tu duk cari cari kat en google tentang info sakit2 ni... haaaaa... ni dia... jumpa dah...



v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




tadaaaaa....... selamat membaca la yer...






Punca-punca Sakit Belakang



1. Postur badan yang tidak betul - Sakit belakang boleh terjadi jika anda sentiasa berjalan, duduk atau berdiri seperti orang malas. Tabiat ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.

2. Kurang senaman - Otot yang menyokong tulang belakang perlu dilatih dengan senaman dan regangan agar kekuatan otot itu dapat dikekalkan.

3. Stres - Stres boleh menyebabkan otot belakang menengang dan hilang keseimbangan badan. Ini boleh mencederakan belakang anda.

4. Kegemukan - Perut yang besar atau buncit akan memberi beban kepada tulang belakang dan menegangkan abdomen anda.

5. Tersalah urat belakang - Ini boleh terjadi sekiranya anda membuat sesuatu dengan cara dan postur yang salah. Anda boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai/mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat barang dengan cara yang salah.

6. Piring ruas tulang belakang tergelincir - Kadangkala piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir daripada kedudukan asalnya dan akan menekan saraf di belakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Sumber: IloveIslam

Walaupun kehamilan tidak tersenarai dalam punca-punca di atas. Tapi saya pasti gejala ini adalah biasa di kalangan ibu hamil. Betul tak? Walaupun adalah 'biasa' bagi ibu mengandung mengalami sakit belakang, namun ia boleh dielakkan. Badan anda mengalami banyak perubahan semasa hamil dan pastinya ia sedikit sebanyak memberi kesan pada kesihatan si ibu.

Mengapa anda mungkin sakit belakang/pinggang semasa hamil

  • Perubahan postur badan
  • Perubahan pada taburan berat badan
  • Perubahan hormon yang menyebabkan tisu penyambung meregang
  • Keletihan otot-otot.




    Senaman membantu!
    • Bersenamlah selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dan badan anda akan sihat serta bertenaga. Dapatkan nasihat doktor sebelum bermula.
    • Berenang pada kelajuan yang sesuai dengan anda, di kolam renang yang bersih dan berklorin.
    • Berjalan atau berbasikal pada kelajuan yang sesuai dengan keselesaan anda iaitu pastikan anda dapat bernafas dan bercakap dengan selesa.
    • Lakukanlah senaman ringan seperti senaman regangan otot untuk membina keanjalan otot.
    • Lakukan senaman angkat berat dan menolak rintangan/beban untuk membina kekuatan dan tona otot.

    Wednesday, 28 May 2014

    Masak lomak cili padi..


    Oleh kerana sekarang dah menetap kat negori.. maka kena la berjinak-jinak dengan makan dan cara masakan dia la kan... ni first time masak lomak cili padi sempoi punya resepi.. apa-apa pun sebelum merapu menraban lebih lagi jum kita tengok gambo ni dulu....

    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v



    tada..... sory terpaksa menyusahkan kena scroll ke bawah


    Nak resepi..... ni dia..

    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v
    v


    Bahan2:

    2 ekor ketam (potong dua dan cuci)
    25 biji cili padi hijau 
    1 batang serai or 1 helai daun kunyit
    1 keping asam keping (option)
    1 kotak kecik santan pekat atau 2 cawan santan pekat
    2 inci kunyit

    Cara masaknya:

    Cili padi dan kunyit ditumbuk halus, goreng seketika tanpa minyak bersama serai sehingga kering, masukkan santan biarkan mendidih seketika (kacau jangan sampai meruap) masukkan ketam biarkan sehingga ketam masak, masukkan garam, sedikit gula dan asam keping. siaaaappppp....

    Monday, 26 May 2014

    SUP TULANG HOMEMADE BY CIK WAN

    Sebenarnya dah lama tak mengup entry kat blog ni.. Tak tau angin apa tah rasa masalas semacam jer... pembawakan kut.. huhhuu... hope2 la baby dalam ni lepas ni tak jd pemalas mcm tu... Alkisahnya nak cerita tentang permintaan orang kat umah tu... alahaihai mengalahkan org yang bawak budak la pulak... Nak makan sup tulang.. Dua minggu berturut-turut lak tu minta massakkan sup tulang.. aduhai en abg... Jum kita layan sup tulang ni jap...

    SUP TULANG HOMEMADE BY CIK WAN..

    BAHAN2:

    1/2 Kg Tulang Rusuk or sekutunya
    2 batang  sadeli
    2 biji ubi kentang
    1 labu/sebiji bawang holland
    1 peket rempah sup adabi
    1/2 peket rempah kurma adabi
    rempah 3 sekawan
    1 bungkus sup bunjut (tulang)
    4 biji bawang merah (cincang or tumbuk kasar)
    2 ulas bawang putih (cincang or tumbuk kasar)
    1 inci halia (cincang or tumbuk kasar)
    Minyak Masak untuk menumis

    Cara2 Masak:

    Cuci bersih2 tulang tusuk dan rebus sehingga empuk (guna rice cooker lagi cepat empuk).
    Panaskan minyak dan tumis rempah tiga sekawan seketika dan masukkan bahan2 yang telah ditumbuk td.. biarkan garing sedikit kemudia masukkan bancuhan rempah sup dan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.. tumis sehingga pecah minyak.. Masukkan rempah yang dimasak kedalam tulang yang direbus.. sukatan air terpulang kepada anda.. kalau mahu sup pekat kurangkan air dan sebaliknya.. masukkan sup bunjut, kentang.. masak sampai kentang empik.. masukkan batang sedeli dan bawang besar hollan..masukkan garam dan bahan perasa.. renehkan selama 20 minit...

    Tadddaaaa.... Sup tulang in the house..



    Begini la rupanya..


    Tuesday, 22 April 2014

    Kenduri kahwin punya cerita..

    Alkisah pada hari minggu hari tu... baik punye planning.. ingatkan ramai yang join sekali pergi kenduri.. lastly.. kami berempat jer... ok lah nak ckp apakan.. masing2 ada komitmen sendiri.. aku lah nsb en hubby bg pergi... dpt green light la.. hehehhe...Gerak dr rumah dah nak dekat pukul 9.30 pagi coz janji ngan depa semua kumpul kat putrajaya kul 10.30.. last2 aku sampai nak kul 11.15.. Jem punye pasal... tempat nak g kenduri punya la jauh.. jenuh gak mencari tempatnya.. nasib ada co pilat yg tau jalan.. tp tempat kenduri tu punya la jauh.. terpaksa meredah jalan bukit... akhirnya sampai gak kami ke majlis yg bertemakan garden tu.. hehehee.. tempatnya rupa2 dalam kebun dah... huhuhuhu.. jenuh mendaiki anak bukit dr tempat parking keta... Jum kita layan gambo yang tak seberapa ni...

                                               Gambo mempelai...


    Ila dan Nick, aku tukang ambik gambo jer..


    Si Rea Salsabilla yg nak sgt tgk atin kata mama dia.,


    Yg ni jer part aku punya.. nasi minyak yg licin.. hehehe.. tp hanya mampu makan ns ngan kuah jer.. lauknya tak leh masuk..





    Saturday, 19 April 2014

    Kelalaian manusia atau suratan takdir..

    Ini kes semalam punya cerita.. alkisah masa on the way nak pegi kerja.. Tak tau lama silapnya.. cik putih a.k.a keta den kena bantai ngan moto dari belakang.. mmg la pagi-pagi mata siapa pun belum tentu terbuka dengan sempurna... ala orang kata mamai lg... mungkin sebab itu kut cik putih kena cium dr belakang... eeerrmmm mungkin gak suratan takdir dah nak jadi pada pagi tu kan... jum layan gambar-gambar cik putih...

    Ni la kesannya... sebelah kiri..


    Ni lak sebelah kanan..


    Ni lak tempat yang kena langgar tu...


    Apa-apa pun nasib balik takde yang serius dan tak banyak yang kena baikinya...






    Friday, 18 April 2014

    Puding roti bersos kastad

    Sebenarnya ada benda yg tak diduga berlaku pagi td masa nak datang opis... Cik putih kesayangan kena langgar buntut ngan moto.. tah mcm mn org tu bawak moto tak... sambil tido kut... huuuhuhuu... menggigil biler nak drive dtg keja... hubby ckp tak payah la pergi kerja... tp disebabkan dah janji nak bt makan-makan tu yg gagah gak tu... ni la hasil tangan tuk makan2 kat opis.... jum kita tengok... PUDING ROTI BERSOS KASTAD... resepi dia tgk kat bloh mat gebu www.tiffinbiru.com ....


    Ni la hasilnya...


                 Ni dimandikan ngan sos kastad...

    Ni sblm diletakkan sosnya.....


    Wednesday, 16 April 2014

    Steamboat punya cerita..

    Al kisah biler teringin nak makan steamboot... tp kat area PD punya la susah nak cari yang halalnya.. yg halal cuma ada yg atas lori jer... huhuhu... cari punya cari ada seorg member bagi idea ckp pergi satu tempat ni.. berdekatan dengan jusco seremban2.. apa lg... bodek la en hubby nak g sana.. ni jer gambo yg ada.. jum tgk..

    Tenngok sengeh tu.. hubby lak ermmm.. mmg ssh no nak senyum... hehehe..

                                                         Saya dan cinta ati.. hahha.. yer ker...


    Jum tgk ni lak..



    Dah abis dah main masak2 dan ngap semua tu br teringat nak ambik gambo.. hahaha.. tu pun segan2.. adohai.. tp blh la.. harga pun berbaloi2...

    Ruangan Bersarang Sudah..

    Dah lama dah tak jengoh blog ni... ari ni tetiba lak tergerak ati nak bukak... aduhai dah bersarang rupanya...huhuhuhu.... Jum kita layan gambo2 ni jap..

       Yee mee lakna in the house.. hehehhe


        Nasi kerabu homemade....

         

    Semua ni hobby di hari minggu biler en hubby kena keja pastu duk sorang2 kat rumah.. hehhehe..

    Friday, 8 February 2013

    RinDu BerTamu Lagi..

    Tak mampu lagi untuk diucapkan dengan kata-kata.. Sesungguhnya aku dalam kesepian yang teramat sangat... Aku amat merindukan orang yang amat aku sayang... Aku amat memerlukan mereka.. Tapi amat susah untuk dilauhkan.. Untuk kekasih hati... Aku hanya mempu merinduimu dari jauh.. Dikala rindu itu menjengah tiba aku hampir pasrah dengan perasaan sendiri.. Hanya kepada Yang ESA aku memohon agar dikurangkan rasa rindu ini.. Sesungguhnya kau insan yang lemah... Tidak mempunyai kekuatan dalam menempuh semua dugaan... Aku ingin menjadi seorang yang kuat dengan menyembnyikan kesedihan... Demi melihat insan-insan kesayangan ku bahagia... SABAHANALLAH... MAHA SUCI ALLAH.. ENGKAU BERIKANLAH HAMBAMU INI KEKUATAN....

    Friday, 10 August 2012

    Pengorbanan

    Dah lama dah tak update blog ni.. Sekarang ni tak berapa stabil sikit.. adakah sebelum ni banyak buat orang tersinggung.. Kebahagian yang diharapkan tak seindah rupa.. Mampukah lagi untuk menelan pahit ni.. Tak tertanggung rasanye.. Apa kesilapan dan kesalahan yang telah dibuat sampai macam ni sekali balasan yang terpaksa terima.. Luahan sepi hanya mampu dilepaskan.. Sampai biler harus mengorbankan diri untuk semua ni.. mana kebebasan dan impian diri.. Tengok semua orang sempoi je hidup.. happy tanpa semmakkan kepala ngan masalah.. but why i have to adapt this situation.. Ya Allah, Kuatkan dan Habahkan Hati HambaMU ini..

    Monday, 2 April 2012

    Tidak terfikir oleh akal



    Kadang-kadang tidak terfikir oleh akal.. inikah perjalanan hidup... pasang surut dalam kehidupan tiada siapa pun yang tahu... hanya terpendam jauh dilubuk hati.. kadang-kadang tidak terluah oleh kata-kata.. hanya air mata yang menemani dikala hati dirundum walang..
    siapa kita untuk menyalahkan takdir... jauh disudut hati kecil teringin merasai kebahagiaan sebagai mana insan yang lain.. perjalanan hidup yang lancar tanpa dibayangi oleh sebarang masalah dan kekalutan kehidupan...

    Thursday, 17 March 2011

    Kuih Peneram ( Telinga Keling)


    Tengah2 duk pk nak makan apa...
    tb2 ada la seorang pakcik ni datang bawak jualan dia..
    saja2 je jenguk dalam bekas dia tu..
    tegok dia bawak apa..
    haaa... tb2 mata tertumpu pada satu barang jualan tu..
    keuh peneram.. terus je diambik satu..
    N then, ni la cara nak buatnye..

    selamat mencuba..


    Bahan-bahan ( dapat la dalam...100 biji atau lebih )

    250 g tepung beras
    250 g tepung gandum
    1/2 cawan gula pasir
    2 cawan air
    1 1/2 cawan gula Melaka
    Minyak yang banyak utk menggoreng
    Sedikit garam

    Cara-cara

    Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama.Masukkan gula pasir dan gaulkan.

    Larutkan gula malaka dan garam dengan air.Masukkan ke dalam adunan tepung.Adunkan.Biarkan 30 minit.

    Panaskan minyak dengan api yang kecil.Canai adunan tepung dan terapkan bentuk kuih peneram (acuan ada jual). Goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan utk masak sekata.

    Thursday, 10 March 2011

    10 TaNdA hAtI MaTi & HaTi Yg SeLaLu MuDa


    1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tetapi tidak menunaikan hak- haknya.

    2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah baginda.

    3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum- hukum di dalamnya.

    4. Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.

    5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya

    6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

    7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjahinya.

    8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.

    9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetepi lupa akan keaiban diri sendiri.

    10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/ mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

    Thursday, 3 March 2011

    TuGaSan SuMbEr MaNuSiA



    Tugas-tugas utama:

    * MEMBANGUN DAN MELAKSANAKAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA.
    * MELAKSANAKAN POLISI, PANDUAN DAN PROSEDUR SUMBER MANUSIA SECARA KONSISTEN DAN BERTERUSAN.
    * MEMASTIKAN ANGGOTA YANG BERKEMAHIRAN, KOMPETEN, BERMOTIVASI DAN PRODUKTIF.
    * MEMASTIKAN KEBAJIKAN ANGGOTA YANG TERJAMIN DAN HUBUNGAN INDUSTRI.
    * MEMASTIKAN PENGGUNAAN SUMBER MANUSIA SECARA PRODUKTIF.
    * MEMASTIKAN SUASANA TEMPAT KERJA YANG SELESA DAN SELAMAT.
    * MENGURUS SEMUA REKOD RASMI SYARIKAT.

    SaRaPaN PaGi (MeE GoReNg MaMak)


    Pagi ni sarapan pagi ngan mee goreng mamak...
    dah lama dah teringin nak makan..
    tapi malas nak nak kuar pergi beli...
    mula2 makan terpikir gak..
    klu masak sendiri lg best...
    resepi dia pun bukan susah..
    ni cara-cara masak mee goreng mamak...

    SELAMAT MENCUBA... past tu komen tau...

    * 500 gm mee kuning
    * 100 gm isi ayam ) hiris nipis
    * 1 cawan taugeh
    * 1 mangkuk sawi [potong kecil] Tak nak pun xper
    * 3 sudu cili mesin.~~ kalo suka pedas lebihkan
    * 1 sudu rempah kari (kalo xsuka xpayah campur)
    * 3 sudu kicap pekat (kalo xnak hitam sangat kurang kan)
    * 2 sudu minyak masak
    * 1 biji telur
    * 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
    * 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
    * gula secukup rasa
    * garam secukup rasa

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
    2. masukkan telur di tengah2,kacau pelahan2,kemudian baru masukkan ayam dan kacau rata
    3. kemudian masukkan mee,gaul rata,bila dah rata masukkan pula kicap
    4. akhir sekali masukkan sayur taugeh dan sawi yang dipotong tadi
    5. jangan lupak untuk merasa,dah siap untuk dihidang,lebih sedap lagi kalau guna koey tiow
    6. kalo nak nampak menarik lagi,dadar telur potong memanjang dan tabur daun sup

    Wednesday, 2 March 2011

    PeRiNgAtAn UnTuK DiRi SeNdIrI (SaAt MeNiLai CiNtA)


    SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

    Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

    Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

    Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

    Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

    1. Lupakan masa lalu

    Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

    Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

    2. Temui ramai orang

    Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

    Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

    3. Ubah penampilan

    Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

    Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

    4. Jangan terburu-buru

    Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

    5. Jangan terlalu memilih

    Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

    6. Buat keputusan

    Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak

    Tuesday, 1 March 2011

    Definisi Pembangunan Sumber Manusia (Part2)


    Para pekerja adalah aset yang paling berharga dalam sesuatu
    organisasi. Tanpa sumbangan para pekerja adalah mustahil untuk mencapai
    matlamat dan tujuan sesuatu organisasi diwujudkan. Manusia dan potensi
    mereka adalah aset penting yang akan memacu sesuatu organisasi untuk
    mencapai objektif penubuhannya.
    Organisasi pada hari ini berkembang pesat dan berubah mengikut
    kehendak masa. Perubahan ini juga akan mempengaruhi para pekerjanya.
    Untuk mengoptimakan keberkesanan sesuatu organisasi, kemahiran dan
    kemampuan potensi manusianya dari segi kemahiran, masa dan bakat perlu
    diuruskan dengan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.
    Pembangunan Sumber Manusia adalah pendekatan strategik dan
    holistik dalam mengurus dan membangunkan aset paling iaitu para pekerja
    yang secara individu dan secara kolektif menyumbang ke arah mencapai
    matlamat organisasi. Pembangunan Sumber Manusia merangkumi pemilihan
    dan perlantikkan pekerja, membangunkan kemampuan dan kemahiran
    mereka, menggunakan perkhidmatan mereka dan membayar upah yang
    setimpal dengan tugas mereka dan keperluan organisasi.
    Pembangunan Sumber Manusia adalah satu cara memperkembangkan
    modal insan dalam sesebuah organisasi. Pembangunan Sumber Manusia
    adalah kombinasi latihan dan pendidikan dan dalam konteks yang lebih luas,
    dasar penjagaan kesihatan dan penggajian yang bersesuaian.

    EnGiNe MaKlUmAt