Friday, 22 May 2009

Hanya kesabaran mampu meningkatkan kekuatan diri

Ari ini merupakan satu hari yang aku rasakan begitu teruk… lelaki, engkau merupakan racun dan engkau juga merupakan penawar dalam kehidupan seorang wanita… tidak diketahui sampai bila penderitaan akan berakhir jika keadaan masih tidak berubah… lelaki engkau dicipta untuk dijadikan pemimpin bagi seorang wanita… bukan untuk menjadikan wanita itu hamba yang menyebabkan wanita itu terseksa… ketahuilah wahai lelaki, wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi, aku wanita untuk disayangi bukan untuk dipermaikan… hanya lelaki yang memahami dan menghargai apa itu kasih sayang seorang wanita tidak akan melukakan hati seorang wanita…

Ketentuan Ilahi

Tidak diketahui oleh manusia yang bernama perempuan bagaimana perasaan sebenar seorang lelaki mereka…Adakalanya terdetik diminda, memikirkan kemungkinan yang buruk terhadap masa depan bila mempunyai komitmen dengan seorang manusia yang bergelar lelaki… apakah kemungkinan yang akan terjadi jika apa yang diharapkan tidak seperti yang dijangka…

Monday, 4 August 2008

ANTARA KEMAHUAN DAN PRINSIP DIRI

Sesetengah orang sanggup merendahkan prinsip diri untuk memenuhi keperluan diri. Bagi seorang manusia yang berpegang teguh kepada prinsip, sesuatu perkara yang ingin dilakukan akan difikir beberapa kali dan akan fikir panjang tentang apa yang akan dilakukan. Kadang2 kata2 yang kuar dari mulut senang untuk diucap. Tapi pernah terfikirkah apa risiko yang terpaksa dihadapi. Bagi seseorang prinsip mencerminkan pribadi dan juga tiang dalam kehidupan selain agama. Jika prinsip yang ada dalam diri runtuh. Maka apa yang harus kita lakukan untuk menegakkan sebuah kehidupan.

EnGiNe MaKlUmAt