Dalam kehidupan manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan..
Begitu juga dalam proses percintaan..
Semua orang boleh cakap seronoknya bercinta..
Ya, itu memang diakui ramai..
Seronok bercinta, jika cinta itu berdasarkan atau berlandaskan sesuatu yang betul..
Yang paling menyakitkan apabila bercinta apabila cintta tidak dihargai..
Hanya satu pihak sahaja yang mengharap sebuah sebahagian..
Bagi sesetengah lelaki, mereka lebih suka membiarkan kaum wanita yang mencintai mereka mengharap daripada mereka terus memberi harapan..
Jika ada pengharapan yang diberikan sekalipun itu perlu dilihat dari banyak segi..
Mungkin mereka mempunyai agenda sendiri..
Thursday, 18 June 2009
Wednesday, 17 June 2009
Keperitan Sebuah Kehidupan
Pengalaman yang dilalui mematangkan pemikiran..
Pengalaman juga menyebabkan seorang itu takut untuk mengharungi kehidupan..
Keperitan yang dirasai membangkitkan lagi rasa sengsara dalam diri insan yang lemah..
Kebanyakan pendapat menyatakan bahawa keperitan dalam menghadapi sesuatu itu akan membangkitkan semangat untuk terus berjuang dan mempertahankan sesuatu yang kita mahukan ataupun kita miliki..
Dalam kehidupan tidak semua benda atau perkara yang kita angankan itu akan menjadi kenyataan dan apa yang kita mahukan tidak kesemuanya akan dapat kita miliki.

Wednesday, 10 June 2009
BELAJAR MENYINTAI DIRI SENDIRI
Mencintai seorang lelaki bukanlah yang terbaik dalam kehidupan. Kita sebagai seorang wanita seharusnya mencintai diri sendiri barulah hidup lebih bahagia. Bila mengingatkan hal ini teringat kepada lagu Inggeris The Greatest Love of All, nyanyian Whitney Houston antaraialah, ‘‘I found the greatest love of all is inside of me… learning to love yourself it’s the greatest love of all.’’
Seseorang wanita itu harus majukan diri dengan ilmu bukan hanya bercinta. Cinta tak ke mana.
Seorang wanita mesti berusaha memperbaiki diri supaya tidak diperlekehkan. Kalau kita berduit semua orang suka, tapi kalau tak berpelajaran, tidak bekerja, apa lagi tak berduit, orang akan hina kita. Sebagai seorang wanita mesti ada own dignity. Jangan bodohkan diri. Kalau orang tak suka, jangan terkejar-kejar orang yang tak sayang kita.
Kita semua tahu Allah tidak akan sia-siakan doa orang yang teraniaya. Kita semua tak sempurna tetapi kita semua boleh berusaha untuk berubah kepada kebaikan.

Subscribe to:
Posts (Atom)