Wednesday, 2 February 2011

Kembalilah wahai ilhamku...

Dah lama dah tinggal blog ni...
ari ni teringin lak nak main2 jari kat keybord komputer ni...
terasa rindu nak berkarya kembali...
tp takde masa.. rindu sangat nak menulis cerpan kembali...
tp ideanye macam tak mau kuar...
mana la dia lari... huhuhu..

LaKsAm


Bahan-bahan:

Bahan Laksam:
3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air
sedikit garam

Bahan kuah:
3 ekor ikan sardin
1 gelas santan
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 sudu kerisik
Sedikit lada sulah
2 asam keping
1 inci lengkuas
Gram dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tambahan (jika suka):
Telur rebus
Daun salad
Timun – potong halus
Taugeh
Sambal belacan
Cili tumbuk
Kacang panjang – potong kecil-kecil

Cara-cara penyediaan:
Penyediaan laksam:
Satukan kesemua bahan laksam dan gaul sehingga sebati. Ketepikan dan perap sema ½ jam. Sementara itu panaskan kukusan.
Sapu sedikit minyak pada loyang atau pinggan leper, masukkan ke dalam kukusan. Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis.
Kukus sehingga masak, agak keras tetapi tidak berair.
Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung.
Gulung memanjang dan potong kecil.

Penyediaan kuah:
Rebus ikan sehingga masak.

Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai dan halia.

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.

Masukkan asam keping, kerisik, lengkuas, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik bau.

Tapis ikan dari air rebusan, simpan air rebusan. Kisar ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau hingga rata.

Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan santan dan kacau lagi hingga mendidih.

Rasa garam dan gula, tambah jika perlu. Tutup api.

Sajikan potongan laksam bersama bahan-bahan tambahan dan kuah.

Wednesday, 17 March 2010

Keluhan Hati Kecil

Aku tak tau kenapa perasaan aku sebegini...
Entah apa yang aku buat aku pun tak tau....
Kesian permata hatiku..
Dia terkena tempias daripada kecelaruaan perasaanku...
Aku tau sesungguhnya dia sayangkan aku..
Tp entah mengapa..
Hati kecilku selalu berada dalam keadaan yang tidak tenteram...
Maaf permata hati..
mungkin disebabkan peristiwa yang lepas aku berperasaan macam ini...
Sesungguhnya aku sangat menyayangimu permata hati...
Dan aku tidak sabar menanti masa itu...
Tapi apa daya ku permata hati...
Kita sering berjauhan...
Kerisauan tetap terpahat dalam jiwaku ini...

EnGiNe MaKlUmAt