Tuesday, 21 July 2009

Kesepian Malam...

Wahai malam...
Hanya kesediaanmu yang sudi menemani diriku..
Kepada mu duhai malam aku mengadu nasib yang tidak ketahui untung dan nasib...
Bak kata pepatah untung sabut kelapa timbul...
Macam tu juga lah ngan nasib kita manusia di alam pinjaman ini...
Tidak siapa tahu ketentuan yang bagaimana akan mereka hadapi...
Semua mesti akan mengharapkan kebaikan...
Tapi perlu dingatkan diri..
Apa yang diingini tak semestinya kita akan dapat...
Wahai malam...
Kehidupan di dunia ini hanya sementara...
Tiada siapa yang boleh sangkal tentang hakikat tersebut...
Kesakitan dan kesedihan dalam kehidupan tidak akan lari jika insan terus meratapi dan mengingati perkara yang menyakitkan...
Wahai malam...
Kadang-kadang Allah memberikan nikmatNya...
Berupa dugaan meskipun berat terasa...
Dan kadang-kadang juga Allah menguji sebahagian insan dengan sebahagian nikmatnya...

Monday, 6 July 2009

Akhirnya Segalanya Berlaku jua...

Hari ini merupakan ari yang paling perit dalam hidup aku...
Akhirnya aku putus juga dengan si dia...
Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu...
Aku kena tempuhi semua ini kerana apa yang berlaku pada aku ini ada khikmahnya...
Ketahui wahai alam...
Seseungguhnya amat perit bagi aku untuk melupakan semua yang berlaku...
Selama ini apa sahaja yang berlaku aku sabar...
Sabar dengan ketentuan yang berlaku...
Sedidik sebanyak aku belajar betapa seorang lelaki tak semuanya boleh dipercayai seratus peratus...
lelaki ada agenja tersendiri bila mengdekati seorang perempuan...
Samada benda itu elok atau sebaliknya...
Dengan Keizinan Allah...
Mungkin selepas ini aku akan temui yang lebih baik daripada dia...
Ya Allah,
Engkau temuilah Aku dengan insan yang boleh menjadi pembimbing kepada aku...
Engkau hadiahi lah aku dengan seorang insan yang betul-betul menyayangi aku...

Monday, 22 June 2009

Rintihan Hamba Yang Ketakutan..

Ya Allah...
Hambamu ini bersyukur..
Dapat lagi hambamu ini menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini...
Hanya padamu Ya Allah..
Hambamu meminta petunjuk dan pengharapan...
Kau berilah HambaMu ketabahan dan keimanan yang teguh dalam menempuh segala kesulitan yang melanda...

Ya Allah...
HambaMu ini tidak kuat dalam menghadapi dugaan duniaMu...
HambaMu ini hanya bergantung harap kepadaMu Ya Allah..
Dalam pencarian jalan kehidupan yang belum pasati Kesudahannya...
HambaMu ini takut Ya allah...
Takut kepada seksa dan balasan dariMu...
Hanya padaMu Ya Allah...
Engkau Lindungilah hambaMu ini daripada segala bahana yang tidak diingini...

EnGiNe MaKlUmAt